Friday, January 13, 2012

MATRIK OR MARRIAGE EP 1


           "jie! tunggu jap!" jerit nad sambil melambai tangan kearah ku dan menghampiri aku. "apa?! alah..kejap lagi la..aku nak jumpa orang sat." teriak aku kepada nad sambil menuruni anak tangga dari aras 4 bangunan sekolah. "jie! kejap je....tunggu la kejap" nad menjerit lagi.
"yelah..yelah.. cepat sikit. orang tengah tunggu tu.". dan nad cepat-cepat menghampiri aku dan dengan mengahnya.. "jie, hari ni kan kita last ada dekat sekolah, s0, kawan-kawan kita yang lain ajak outing pergi bandar. nak x?" dengan muka ~'blank'~nya aku jawab "nak buat apa? hari ni aku ada hal kejap dengan luqman. ni aku nak pergi jumpa dia la ni. ko nih..kacau daun betolla... macam nilah, apa kata, korang tunggu aku dekat kelas, lepas aku jumpa luqman, kita bincang pasal outing-outing bagai..ok?".
"alah..ko slalu macam ni... kata kawan lagi penting daripada pakwe pegeylah!" perli nad..
"haha.. mane ade, aku memang lebih sayangkan kawan dari pakwe,  cuma hari ni last paper luqman kejap lagi. aku dah janji dengan dia yang aku akan pergi jumpa dia dulu sebelum balik.kan paper last kita awal 2 jam daripada dia. ko macam tak kenal aku lak.. aku bukan jenis yang suka mungkir janji kan?" sambil buat muka comel dan berharap nad faham. "yelah..yelah.. cepat sikit tau, semua orang tengah tunggu... al-maklumlah orang penting katakaaan hihihi =P "
"isyh..ko nih kalau x perli aku satu hari tak boleh? dah lah. malas nak layan ko. aku pergi dulu tau! okbai.." cepat-cepat aku menuruni tangga sebab aku takut  terlambat jumpa dengan si luqman dekat dewan terbuka. seperti yang dijangkakan memang aku selalu lambat kalau buat temu janji dengan luqman. dia ni memang tak pernah lambat walau sekali. kadang-kdang kesian kat dia tunggu lama-lama tapi ade aku kesah? ( hihihih ..)
       "sorry... wak, lamba.t sebab tadi..." belum sempat habiskn ayat dia dah sambung.
"sebab ade hal dengn kawan?" dengan muka tak bersalah langsung dan dapat teka jawapan yang akan aku berikan. "eh? macam tahu-tahu pulak dia... herm~ skodeng erk?" balas aku tanpa rasa bersalah.
"skodeng ape benda, setiap kali datang lambat alasan tu je yang dia bagi..."
"hehehee...=P jgnlah marah orang betul2 ada hal dengan kawan tadi, dia orang ajak...opss. takde papelah" sambil menekup mulut takut rahsia terbongkar yang kami nak keluar outing. luqman ni nampak je rileks, king control! ( hahah..). "ha..ape yang dirahsiakan ni? cepat  bagitahu.. diaorang ajak pergi mana?" soal luqman.
"eh? takdelah. mane ade...x ajak pergi mane-mane pun. diaorang ajak saya balik sekali dengan diaorang je..eleh tu pun nak marah-marah..".
"takde la marah, cuma risau je kalau awak keluar dengan budak-budak irwan tu, bukan saya taktahu si irwan tu nakal. kalau jadi pape dekat awak macam mana?" omel luqman lagi.
"hey.. kita ni dah menyimpang dari nawaitu untuk berjumpa tahu tak? awak nak jumpa saya ni nak gaduh ke nak suruh saya blah? ha.. karang saya blah baru padan muka awak." aku menukar topik lain supaya pergaduhan berkait rapat dengan kawan-kawan tak berpanjangan lagipun aku mermang power kalau bab-bab tukar topik perbualan." yelah..yelah.. sorry. jie, nanti jie doakan ayang supaya boleh jawab last paper ni erk? ayang rasa nervous la pulak.." omong luqman. "eleh... ni apasal minta restu orang lak? dah takde mak bapak? hahaha =P"
"amboi muluuut... mengalahkan laser! apa salahnya kalau minta restu bakal isteri 6 tahun lagi..kaaan? di samping dapat restu ibu ayah, dapat restu bakal isteri. hehehe.. "
"erk? manyak cantek! sape nak kawin dengan awak? x hingin! haha.."
"alah.. mulut je cakap tak hingin tapi lam hati, bergetar nak.. kan?" balas luqman
"ee.. mane ade. ni cinta kura-kura je. xyah nak mengada-ngada" tegas aku. aku memang seorang yang sangat tidak serius dalam sesuatu perkara dan perangai aku itu memang dah diketahui ramai termasuklah guru-guru, luqman pun pernah bagitahu aku yang dia senang bergaul dengan aku sebab dengan sikap aku yang selamba badak ni. ( aku sendiri tak tahu kat mana eloknya perangai selamba badak ni). namun, aku menjadi anak murid kesayangan sebab walaupun aku tak serius dalam apa jua perkara, aku tetap dapat top 5 genius student. ( alamak terlebih riak pulak)  " eleh macam orang tak tahu yang b sayang gila dekat ayang kan? kan ? kan? " balas luqman lagi. "takde maknanya sayang! adusss cepatlah pergi ready untuk exam! dah lambat dah ni.. maen-maen pulak dia ni...lempang laju-laju kang baru tau.." tegas aku. "yelah..yelah... b, malam nanti ayang p umah b erk? nak jumpa mak ayah b, boleh masuk minang terus.. hehe kan dah nak abis SPM..." gurau luqman. "hisyh..ade jugak yang jawab exam sebelah mata karang..." sambil menunjukkan buku lima kepada luqman. "pergilah cepat. buat sakit mata saya je lama-lama tengok awak kat sini..menyampah lah." luqman hanya tersenyum dengan telatah aku dan segera beredar ke dewan peperiksaan.

         aku dengan luqman memang rapat, dan kami memang menyimpan cita-cita untuk berkahwin selepas dapat ijazah  nanti. pasti ramai yang tak percaya yang aku memang 'couple' dengan luqman. iyalah kan  cara kami berbual pun tak macam 'couple' lain yang suka menggedik sana sini. sebab aku bukan jenis yang suka berkepit sana-sini, dan kami saling hormat satu sama lain tak pernah bersentuhan sedikit pun. luqman selalu datang rumah aku lepak dengan abang-abang aku, jadi keluarga kami percaya seratus peratus pada kami untuk menjaga maruah keluarga. "woii.. alamak lama pulak ko berbueno dengan mamat poyo tuh. sinih la cepat! kami dah tunggu lama tau tak!" teriak si irwan dengan kawan-kawannya yang lain termasuklah geng aku sekali. "ya ya..kejaplah! amboih tak sabar sabar nak outing" balas aku sambil berlari anak kearah kawan-kawanku. "s0! camne? nak outing katne hari nie?" soal aku kepada irwan. "katne lagi bandar KB la... macam tak biasa la plak....ok petang ni lepas zuhur kiteorang p amik kau dekat rumah. ok? " balas irwan.
"herm..ok gak tu, tapi irwan, ko janganla bagitau luqman yang kita p outing hari ni. aku takut dia salah faham lagi..sebab ko pun tahu dia tak suke aku bergaul dengan ko kan? haha..sebab ko la budak paling nakal dekat sekolah nih."
"hek eleh..poyo giler mamat tu... macam ko ni dah jadi bini dia la plak. wei.. aku ni nakal je, xde lah jahat sangat sampai nak rampas awek orang. apatah lagi ko yang cekeding cam gini. haha aku xde seleralah nak jadikan awek! hahaha.." sakat irwan diiringi hilai tawa kawan-kawan.
"woiii..mulut ko jaga sikit cekeding-cekeding ko jangan sebut. satgi biji mata ko keluar baru ko tahu cekeding ke tak..hahha... tau takut."
"chill la beb... kite kan dah macam adik beradik, we are family yaww!! " balas irwan lagi. "ya..aku tahu tu. so! ape lagi ciao ler... exam dah abis! kita dah merdeka beb!! haha...." kami semua balik ke rumah (bersama-sama) dengan gembira sebab hari ni adalah hari terakhir untuk pelajar tingkatan lima. "wei..aku x sabar nak amik result SPM! haha..." aku bersuara. "aku pun! wei jie, nanti ko nak blajar katne? aku tahu! mesti ko nak masuk U kan?" suara nad kedengaran. "haha..ko ni nad, takde soklan yang lebih mencabar minda ke nak tanya? kita belajar penat-penat, tak masuk U buat apa? mestilah nak masuk U...ape daaa.." balas aku. gelak tawa kami membuatkan semua pelajar lain yang sedang berjalan di sekeliling kami pandang kearah kami. "hehehe... saje je aku gurau pun tak boleh..." jawab nad. "kaaan? ko selalu macm ni. tapi kan nad, aku nak dapatkan ijazah cepat tau, jadi cita-cita aku lepas SPM ni, aku nak masuk MATRIKULASI!! hehe..." balas aku lagi. "ha!! aku tahu sebb apa ko nak amik ijazah cepat. sebab ko nak kawin cepat-cepat dengan luqman kan? hihi " celah tihah. ayat tihah membuatkan gelak tawa kami makin kuat. "haha... kesitu pulak, kalau dah jodoh, tak kemana.... cuma aku pasang cita-cita nak amik ijazah di waktu muda, kalau dah tua aku rasa aku malas dah nak blajar kot. hehe..itu sebab aku nak amik ijazah cepat. so kena la masuk matrik dulu stahun.. ^_^ "balas aku. diaorang semua mengangguk faham. selepas menuggu beberapa minit, bas yang kebiasaan kami naik telah pun sampai.dan kami menaiki bas itu...

           jam dah menunjukkan sudah pukul 2.30 petang. namun semua kawan-kawanku belum sampai pun lagi....tiba-tiba handfon bimbit aku berbunyi. tertera di skrin handfon nama "luqman <3 ". saat ni hati aku berdegup kencang kerana........

     BERSAMBUNG.....
to all my readers, thank for reading dis story., ^_^ nantikan episode ke 2 kayh.. ^_^ #LuvU #GiveMe5 #SpreadTheLOVE... <3
P/S: untuk logo diatas, ia hanya sekadar hiasan. tidak ada kaitan langsung dengan hak milik, ^_^  kurangkan kontroversi.. TINGKATKAN PRESTASI kayh..

Monday, January 9, 2012

PELANCARAN NOVEL GSI MIRACLE- MATRIK OR MARRIAGE?

 hi hi! peepz.... dis blog belong to geng gsi, n dis site just for story/ novel/ cerpen ( karang).
s0! next 3 days, i'll update the love story... yg bertajuk MATRIK / MARRIAGE?

 sinopsis: mengisahkn kehidupan seorg remaja yg terpaksa membuat pilihan dek kerana ayahnya yg memaksanya kahwin awal, dan dia di belengu kekusutan fikiran kerana cita-citanya ingin menjadi seorang yg berpendidikan tinggi. konflict bermula habis form 5, dan mendapat tawaran ke matrik.

barisan pelakon/ watak:

1. najihah
2. mohd khairul abdullah
3.ibu bapa najihah
4. ibu bapa khairul
5. sue
6. luqman
7. song ji hwa
dll...


SO! menarik  nk baca? kalau menArik korg tunggu 3 hri lagi! akn di update ep 1.
thanks for viewing, ^_^ n be my nice readers #LuvU #GiveMe5 #SpreadTheLOVE... <3
forever my love..